Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Amukan empat kali tewas [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Georgetown: Suasana kecoh tercetus sejurus tamat perlawanan bola sepak Liga Super 2017 antara Pulau Pinang dan Sarawak di Stadium Negeri, Batu Kawan apabila lebih 100 penyokong setia Pulau Pinang bertindak merusuh di luar stadium.


FOTO Rudy Syareme Sheriffudin

Dalam kejadian jam 11.20 malam beberapa minit sebelum perlawanan tamat beberapa penyokong bertindak membaling suar dan mercun di dalam kawasan stadium.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila penyokong membaling botol air ke arah anggota polis dan anggota keselamatan termasuk penonton.

Tindakan pantas anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu keluar dan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong berjaya menahan beberapa orang penyokong yang dipercayai mencetuskan provokasi.


FOTO Rudy Syareme Sheriffudin

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Shamsudin Mamat berkata, keadaan diluar stadium berjaya dikawal apabila tindakan pantas anggota FRU menghalau keluar penyokong.

Beliau berkata, beberapa penyokong diberikan amaran agar tidak terus melakukan provokasi melampau selepas Pulau Pinang tewas 0-1 Sarawak.

Image: 
Image: 
Image: 

Georgetown: Suasana kecoh tercetus sejurus tamat perlawanan bola sepak Liga Super 2017 antara Pulau Pinang dan Sarawak di Stadium Negeri, Batu Kawan apabila lebih 100 penyokong setia Pulau Pinang bertindak merusuh di luar stadium.

Amukan empat kali tewas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853