Kuala Lumpur: Pemain e-sukan negara, Yeik Nai Zheng atau lebih dikenali sebagai MidOne dalam permainan maya Dota 2, kini menggalas ranking kedua teratas di carta kedudukan Eropah.
MidOne mencatatkan 9,082 mata (match-making rating) sekali gus menjadikan dia pemain Malaysia pertama memperoleh kedudukan setinggi itu di carta asing.
Bagaimanapun, Amer Barkawi (Miracle) yang bermain untuk Liquid masih kekal di tangga pertama dengan rekod 9,148 mata. Berada di tempat ketiga ialah pemain Korea Selatan, Forev (8,930 mata).
Rekod ini diperoleh daripada laman web Dota 2 Leaderboards yang mengemaskini carta kedudukan MMR pemain setiap hari.
Sebelum ini, Midone bermain untuk pasukan negara, Fnatic sebelum membuat keputusan untuk keluar daripada pasukan itu selepas berakhirnya The International 2016.
Dia kini selesa bersama Secret, iaitu organisasi e-sukan di Eropah.
Kuala Lumpur: Pemain e-sukan negara, Yeik Nai Zheng atau lebih dikenali sebagai MidOne dalam permainan maya Dota 2, kini menggalas ranking kedua teratas di carta kedudukan Eropah.