Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Mungkin bukan kena di Kajang'

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tiga daripada enam sekeluarga yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, positif jangkitan kencing tikus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata siasatan masih belum mengetahui punca namun tidak menolak bermungkinan dari Kelantan.

"Walaupun dilaporkan keluarga itu pergi ke Kajang, tapi tanda-tanda jangkitan ada kemungkinan sebelum mereka ke Kajang.

"Jabatan Kesihatan sedang menjalankan siasatan menentukan punca dan sedang melakukan pemeriksaan terhadap mereka yang lain," katanya.

Dia berkata demikian selepas merasmikan Pesta Ponggal Muafakat Johor 2017 di Hutan Bandar Mutiara Rini, di sini.

Subramaniam berkata, antara usaha dilakukan termasuk mengambil contoh di kawasan persekitaran kediaman mereka di Tanah Merah, Kelantan, yang juga terjejas akibat banjir.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kematian lelaki berusia 59 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dijangkiti sejenis bakteria ‘Atypical Klebsiella Pneumonia’ yang menyerang saluran pernafasan.

Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia, Ahad lalu, manakala seorang lagi kritikal dipercayai akibat jangkitan bakteria berkenaan selepas bercuti di Kajang, Selangor.

Semua mereka dipercayai terkena virus berkenaan selepas bercuti di Kajang, Selangor pada Tahun Baharu Cina membabitkan 39 ahli keluarga.

10 Februari lalu, Harian Metro melaporkan kejadian yang menimpa keluarga berkenaan.

Seorang daripada ahli keluarga, Nazmi Nazruddin, 19, dipetik memberi penjelasan bahawa lelaki yang meninggal dunia itu adalah bapanya, Allahyarham Nasrudin Adam, 59.

Katanya, ahli keluarga masih dirawat akan ayah sudaranya, Muhammad Azrin Othman, 29.

Image: 

Johor Bahru: Tiga daripada enam sekeluarga yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, positif jangkitan kencing tikus.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853