Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Plat VR 46 milik Sultan Johor

$
0
0
Utama

hanafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nombor pendaftaran kenderaan VR 46 sah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar selepas keputusan bidaan dikeluarkan kelmarin.

Bidaan nombor pendaftaran itu dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 25 Januari lalu dan ia dibida dengan harga RM55,002.20.

Gambar menunjukkan senarai pemilik nombor pendaftaran berserta harga plat VR termasuk VR 46 tular di laman sosial sejak kelmarin.

Plat VR 46 menjadi sebutan kerana ia dianggap singkatan kepada juara dunia MotoGP, Valentino Rossi yang menggunakan nombor 46 untuk motosikalnya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi mengesahkan kesahihan maklumat dan gambar berkenaan.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim turut membida plat W1N bernilai RM748,000.00 pada 2014 manakala plat WWW1 dibida dengan nilai RM520,000 pada 2012.

Malah baginda turut memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 iaitu nombor baharu bagi Putrajaya pada Julai lalu dengan harga RM836,660.

Plat kenderaan bagi Kuala Lumpur bermula huruf 'V' meraih pungutan tertinggi dalam sejarah bidaan plat nombor pendaftaran kenderaan negara dengan hasil bidaan RM22 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, nilai jumlah bidaan nombor plat kenderaan negara sebelum ini tidak pernah melebihi RM10 juta.

"Namun jumlah kali ini meningkat berkali ganda dengan nilai bidaan tertinggi untuk nombor plat 'V1' direkodkan dalam sejarah negara iaitu bernilai RM989,780,” katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: Nombor pendaftaran kenderaan VR 46 sah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar selepas keputusan bidaan dikeluarkan kelmarin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853