Kuala Lumpur: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam dan Pelabuhan Kelang terus meningkat ke tahap sangat tidak sihat pagi ini dengan masing-masing mencecah 233 dan 203.
Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar 10 pagi tadi, Shah Alam mula merekodkan bacaan sangat tidak sihat pada 6 pagi dengan IPU 206.
Pelabuhan Kelang turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU dan mencecah skala sangat tidak sihat 10 pagi tadi.
Ketika ini, bacaan IPU di seluruh negara terus meningkat dengan 28 kawasan ditahap tidak sihat, sementara 19 di skala sederhana.
Kualiti udara tidak sihat direkodkan di Alor Setar (135), Bakar Arang Sg Petani (139), Langkawi (135), Bandaraya Melaka (110), Bukit Rambai (117), Nilai (151), Port Dickson (114), Seremban (151), Jerantut (103), Jalan Tasek Ipoh (138), Kg Air Putih Taiping (119), SK Jalan Pegoh (149), Seri Manjung (144), Tanjung Malim (124), Kangar (139), Perai (121), Seberang Jaya 2 (143), USM (145) dan Kuching (132).
Turut mencatat IPU tidak sihat adalah Samarahan (137), Sarikei (117), Sri Aman (147), Banting (189), Kuala Selangor (152), Petaling Jaya (186), Batu Muda Kuala Lumpur (175), Cheras (152) dan Putrajaya (192).
IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
BB211015RT001
Kuala Lumpur: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam dan Pelabuhan Kelang terus meningkat ke tahap sangat tidak sihat pagi ini dengan masing-masing mencecah 233 dan 203.