Ipoh: Hasil bedah siasat mendapati mayat yang ditemui dalam keadaan reput dan berulat di Kilometer 24 Jalan Gerik-Kupang, dekat Hentian Rehat Bintang Hijau, Gerik, semalam, adalah perempuan berusia 10 hingga 13 tahun yang dibunuh.
Mayat berkenaan ditemui oleh pemotong rumput warga Bangladesh dalam keadaan lengkap berpakaian pada 12 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati kematian mangsa berpunca daripada pukulan objek tumpul, namun sehingga kini identiti mangsa masih belum diperoleh.
"Polis sedang mengumpul semua maklumat untuk mengesahkan identiti mangsa dan berusaha menyelesaikan kes ini dengan segera," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyaimaklumat tentang kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gerik, Asisten Superintendan Azman Yazid di talian 05-7912221.