Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Myanmar iring kapal Food Flotilla

$
0
0
Utama

yusmizal@hmetro.com.my

Perairan Myanmar: Nautical Aliya yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar diiringi kapal Tentera Laut Myanmar sehingga sampai ke Yangon.

Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul, berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi panggilan telefon, hari ini.

Sebelum itu, kehadiran kapal Tentera Laut Myanmar menimbulkan suasana cemas di kalangan 184 sukarelawan.

Apatah lagi, selepas mendengar pengumuman daripada Kapten Nautical Aliya, yang mengarahkan semua sukarelawan balik ke bilik masing-masing.

Kapal tentera itu dikesan dalam radar Nautical Aliya, pada kira-kira 11 pagi.

Kapten kapal kemudian diminta menjawab beberapa soalan antaranya tujuan kapal dan jumlah yang berada dalam Nautical Aliya.

Bagaimanapun, pada 1.45 petang, kapten mengumumkan semua semua aktiviti boleh dijalankan seperti biasa.

Menurut Abdul Azeez, kapal tentera berkenaan akan mengiringi perjalanan sehingga Nautical Aliya tiba di Yangon dan ia adalah bantuan kepada misi ini daripada Kerajaan Myanmar.

"Kita berterima kasih kepada Kerajaan Myanmar dengan bantuan ini dan ia menunjukkan kehadiran kita diterima," katanya.

Image: 

Perairan Myanmar: Nautical Aliya yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar diiringi kapal Tentera Laut Myanmar sehingga sampai ke Yangon.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853