Kuantan: Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik lemas ketika mandi di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa maut adalah Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10.
Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.55 petang dan enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kita dapati dua daripada tiga mangsa sudah diselamatkan orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Seorang daripada mangsa ditemui tidak lama selepas itu.
"Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.
Kuantan: Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik lemas ketika mandi di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan, petang tadi.