Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bagi SPRM siasat dulu, usah 'speculate'

$
0
0
Utama

ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam percakapan lebih lima individu dipercayai dapat membantu siasatan kes yang ada kaitan Tan Sri Annuar Musa.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah merakam percakapan Annuar berhubung dakwaan itu ketika menyandang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Beliau menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat.

"Sehingga ini, SPRM sudah merakam percakapan lebih lima individu yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan ke atas Tan Sri Annuar Musa," katanya.

Dalam pada itu, SPRM meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes itu.

"Beri ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya.

Pada 31 Januari lalu, Annuar dinasihatkan cuti sementara sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PMB dipercayai berkaitan isu tajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh dua agensi berkenaan.

Tindakna itu dilakukan bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar.

Isu berkenaan tercetus selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL mengeluarkan dana bagi menaja TRW.

Image: 

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam percakapan lebih lima individu dipercayai dapat membantu siasatan kes yang ada kaitan Tan Sri Annuar Musa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853