Kuala Lumpur: Polis menahan tiga individu termasuk dua pengawal keselamatan selepas disyaki terbabit dengan kumpulan Daish hasil serbuan di Pahang dan Kuala lumpur, 27 hingga 29 Januari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek ditahan membabitkan dua warga tempatan dan seorang warganegara Indonesia permastautin tetap negara ini.
Katanya, suspek pertama warganegara Indonesia permastautin tetap di Malaysia berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pegawai keselamatan ditangkap di Kuantan, Pahang, pada 27 Januari.
"Manakala suspek kedua berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat swasta ditangkap sekitar Kuantan, pada 27 Januari lalu dan polis turut merampas selaras senjata api Shotgun model Trusty PM4.
"Suspek ketiga pula berusia 38 tahun dan tidak bekerja ditahan di sekitar Kuala Lumpur, di sini, pada 29 Januari lalu. Suspek turut mengaku menyokong kumpulan pengganas Daish dan membuat ugutan untuk melancarkan serangan bom terhadap Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang didakwanya tidak mengikut syariat Islam," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, semua ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA iaitu Kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut Prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Kuala Lumpur: Polis menahan tiga individu termasuk dua pengawal keselamatan selepas disyaki terbabit dengan kumpulan Daish hasil serbuan di Pahang dan Kuala lumpur, 27 hingga 29 Januari lalu.