Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa bukan lagi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas beliau digantung daripada tugas itu berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu diumumkan Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob dalam sidang media sebenar tadi.
Selain itu, jawatan Annuar selaku Pengerusi Pelaburan MARA Bhd (PMB) juga digantung serta merta.
Yusof yang memangku semua jawatan itu berkata, ia bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar.
Katanya, mesyuarat hari ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan itu bagi mempertahankan integriti serta pengurusan korporat MARA.
"Ia berkaitan isu tajaan MARA kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) melalui PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Sehubungan itu, kita mengambil mengambil keputusan menggantung tugas beliau bagi menjalankan siasatan dalaman,” katanya.
Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa bukan lagi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas beliau digantung daripada tugas itu berkuat kuasa serta merta.