Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lima maut kemalangan dua kereta

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Batu Gajah : Lima maut termasuk dua wanita dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 16 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Siputeh, 2.20 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah Halid Md Zain ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.31 petang sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati Toyota Vios dan Mercedez Benz terbabit dalam kemalangan.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba mengeluarkan empat mangsa yang tersepit manakala dua lagi dikeluarkan orang awam.

"Empat mangsa berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Difahamkan seorang lagi mangsa kemalangan disahkan meninggal dunia di hospital.

Empat mayat mangsa iaitu seorang wanita dan tiga lelaki dihantar ke Hospital Batu Gajah manakala seorang lagi mayat wanita dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, identiti semua mangsa belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Image: 

Batu Gajah : Lima maut termasuk dua wanita dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 16 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Siputeh, 2.20 petang tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853