Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Kekal pagi ini

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Ipoh: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Perak kekal 467 orang daripada 120 keluarga di enam pusat pemindahan setakat sehingga jam 9 pagi hari ini.

Jurucakap Sekretariat Bencana Negeri berkata, jumlah berkenaan masih tidak berubah di kesemua daerah terbabit banjir sejak jam 6 petang semalam.

Katanya, jumlah mangsa yang ditempatkan di daerah Hilir Perak kekal tertinggi dengan menempatkan seramai 228 mangsa daripada 54 keluarga di tiga pusat pemindahan di daerah terbabit.

Menurutnya, di daerah Manjung, seramai 218 mangsa daripada 61 keluarga di Sekolah Rendah Agama Padang Serai dan Dewan Kampung Tanjung Ara.

"Larut, Matang, Selama (LMS), 21 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Surau Padang Serai Dalam," katanya.

Image: 