Kota Kinabalu: Bot membawa 31 orang termasuk 28 pelancong dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu, dekat sini, sejak pagi semalam.
Bot itu dikendalikan seorang tekong dan dua kru.
Semua pelancong warga China dilaporkan bertolak dari Jeti Tanjung Aru, di sini, pada 9 pagi semalam dan dijangka tiba malam tadi namun tiada.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh pemilik bot berkenaan pada 9.50 malam tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menerima maklumat di kawasan seluas 400 batu nautika di perairan Kota Kinabalu,
"Beberapa aset milik APMM sudah dikerah untuk menjalankan SAR termasuk Kapal Maritim (KM) Berani dan dua bot kilat.
"Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membantu menggerakan aset mereka dalam operasi SAR," katanya, di sini, hari ini.

Kota Kinabalu: Bot membawa 31 orang termasuk 28 pelancong dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu, dekat sini, sejak pagi semalam.



