Machang: Pelajar ditemui lemas selepas tergelincir dalam air bertakung yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter di tepi laluan Ladang Kuala Hau, Temangan, di sini.
Ahmad Amirul Azlee Ibrahim, 15, dikatakan ke kawasan itu bersama dua rakannya sebelum tergelincir dan lemas, pada kira-kira 5.10 petang, 28 Januari.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 600 meter dari rumahnya.
Menurutnya, lokasi yang terletak dekat laluan utama Ladang Kuala Hau-Temangan itu dinaiki air sejak Rabu lalu.
“Pelajar SMK Temangan itu ditemui penduduk kampung beberapa minit kemudian dan dikejarkan ke Hospital Machang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.

Machang: Pelajar ditemui lemas selepas tergelincir dalam air bertakung yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter di tepi laluan Ladang Kuala Hau, Temangan, di sini.



