Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Pak Lah dah tiada إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Lelaki warga emas gambarnya viral kerana mendiami bawah jambatan di Kampung Sungai Durian, Bukit Abal, di sini, meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham Abdullah Jusoh, 78, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas di rumah baru yang dibina oleh The Third Force, pada kira-kira 6 pagi ini.

Pengasas The Third Force, Raja Shamri Raja Husin, berkata pihaknya bergegas ke rumah Pak Lah.

“Pak Lah yang kita sama-sama bantu membina rumah untuknya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya," katanya.

November tahun lalu, Harian Metro melaporkan kisah sayu arwah Pak Lah yang mahu menghabiskan sisa hidupnya di bawah jambatan di kampung Sungai Durian, Bukit Abal.

Bagaimanapun, kisahnya mendapat perhatian sukarelawan The Third Force yang membantu membina rumahnya yang bernilai RM20,000 yang dibina 10 meter dari jambatan.

Raja Shamri berkata, jenazah Pak Lah diuruskan penduduk kampung dan dikebumikan pada kira-kira 11 pagi

Arwah dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pak Esah, Bukit Abal.

“Pak Lah hanya sempat menduduki rumah baru dalam tempoh tiga minggu sahaja dan merasai kasih sayang beribu keluarga besar The Third Force di hujung usia," katanya.

Menurutnya, sebagai memenuhi wasiat arwah Pak Lah sebelum ini, pihaknya akan menyerahkan rumah berkenaan kepada anak saudara arwah, Sakinah Mat Yasin, 51.

Image: 

Pasir Puteh: Lelaki warga emas gambarnya viral kerana mendiami bawah jambatan di Kampung Sungai Durian, Bukit Abal, di sini, meninggal dunia, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853