Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Polis panggil Nasrul

$
0
0
Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Serdang: Pemandu lori yang dibelasah dalam kejadian di Bukit Antarangsa, Ampang, 4 Januari lalu, dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan aman di stesen minyak di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, Ahad lalu.

Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, yang diiringi Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, tiba di IPD Serdang, kira-kira 11 pagi ini.

Nasrul berkata, dia bersedia memberikan kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan aman berkenaan.

"Perhimpunan itu diadakan bagi menyokong saya yang menjadi mangsa dalam kejadian pukul.

"Disebabkan itu, saya bersedia memberikan kerjasama kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika ditemui di luar IPD Serdang sebaik selesai memberikan keterangan.

Selain Nasrul dan Mohd Ridzuan, Bendahari Kelab Trucker and Snapper, Khairi Ali turut diambil keterangan.

Pada 22 Januari lalu, kira-kira 200 pemandu lori dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi memberi sokongan kepada Nasrul dan mendesak polis mengambil tindakan terhadap sekumpulan individu yang membelasah mangsa.

Nasrul dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi seorang Datuk dalam kejadian 2.15 petang, 4 Januari.

Insiden tercetus apabila pemandu lori berkenaan terlanggar kenderaan VVIP berkenaan di Bukit Antrabangsa, Ampang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megar Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan mereka.

Image: 

Serdang: Pemandu lori yang dibelasah dalam kejadian di Bukit Antarangsa, Ampang, 4 Januari lalu, dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan aman di stesen minyak di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, Ahad lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853