Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Maut ditembak selepas bunuh nenek

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Pulau Gaya: Seorang lelaki dipercayai menikam mati neneknya maut ditembak ketika cuba menyerang anggota polis di rumah di Kampung Lok Urai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, suspek berusia 20-an dikatakan menikam neneknya berusia 70-an sehingga mati selepas berang tidak diberikan wang yang diminta.

Menurut sumber, sepasukan polis yang menerima maklumat itu kemudian bergegas ke lokasi untuk menahan suspek namun dia bertindak argesif dan cuba menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota polis cuba menenangkan suspek yang bersembunyi di dalam bilik rumah supaya menyerang diri.

"Sebaliknya suspek bertindak argesif cuba menyerang anggota polis menggunakan pisau menyebabkan suspek ditembak," katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, akibat kejadian itu, suspek meninggal dunia dan kedua-dua mayat di hantar menggunakan bot ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika ditemui malam tadi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan.

Images: 

191015jun2

Image: 
GN4id: 
11019445
Lead: 

Pulau Gaya: Seorang lelaki dipercayai menikam mati neneknya maut ditembak ketika cuba menyerang anggota polis di rumah di Kampung Lok Urai, di sini, malam tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853