Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Hari lahir terindah [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan RM2, seorang tukang jahit wanita pacu pulang hadiah motosikal bernilai lebih RM13,000 menerusi peraduan Selfie bersama Speed and Wheels (S&W), hari ini.

Siti Nooraini Tuhalus, 32, berkata dalam kira-kira 10 minit, dia cuba merakamkan gambar paling kreatif menggunakan kad manila untuk melakarkan perkataan, Speed and Wheels.

“Saya dimaklumkan mengenai hadiah ini pada 1 Disember 2016 iaitu sehari sebelum hari lahir saya. Ini hadiah paling besar pernah saya dapat sepanjang hidup. Sebelum ini, saya dah menyertai banyak peraduan lain. Tapi, tak bernasib baik," kata ibu kepada tiga anak ini.

Siti Nooraini yang memenangi motosikal Benelli TnT25 hadir bersama suami, Azam Salleh, 38, bersama dua anak dan ahli keluarga lain dari rumahnya di Raub, Pahang.

Dia menerima hadiah berkenaan yang disampaikan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar di Balai Berita NSTP, hari ini.

Turut hadir Pengarang Digital Harian Metro, Munir An'am Zuljadan; Editor S&W, Badrila Jamlus; Pengurus Kanan Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd, Wan Najib Wan Daud dan Eksekutif Acara Givi Asia Sdn Bhd, Edwin Jacob.

Peraduan anjuran majalah digital interaktif Speed S&W terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ini berlangsung dari Julai hingga Oktober tahun lalu menarik lebih 500 penyertaan.

Sementara itu, jurugambar dari Kota Tinggi, Johor, Rosismer Roslan, 28, pula memenangi helmet Givi bernilai RM850.

Badrila berkata, pertandingan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pembaca memuat turun majalah digital interaktif ini.

"Terima kasih kepada penaja peraduan iaitu Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd yang menaja motosikal berkuasa 250cc itu dan Givi Asia Sdn Bhd yang menaja helmet.

"S&W memasuki edisi ke-11 pada 1 Februari ini. Terima kasih juga kepada semua yang menyokong kami," katanya.

Aplikasi S&W boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar atau tablet melalui platform App Store dan Play Store.

Image: 

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan RM2, seorang tukang jahit wanita pacu pulang hadiah motosikal bernilai lebih RM13,000 menerusi peraduan Selfie bersama Speed and Wheels (S&W), hari ini.

Hadiah hari lahir terindah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853