Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jerebu: Sekolah di tujuh negeri tutup lagi

$
0
0
Utama

azim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit.

Petang tadi, kualiti udara negara merosot apabila 14 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu di Tawau, Sabah dengan 123, Bandaraya Melaka (115), Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor masing-masing 112 setakat jam 2 petang tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan lain ialah Samarahan, Sarawak (109), Banting, Selangor (107), Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing 108. Bacaan di Batu Muda ialah 107, Shah Alam, Selangor (104), Petaling Jaya dan Kuching, Sarawak masing-masing (101).

Bagaimanapun peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional akan diteruskan di bawah Operasi Topeng (Ops Topeng).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Facebook beliau malam ini.

Beliau berkata, kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan secepat mungkin.

Images: 

tutup.jpg

Image: 
GN4id: 
11007877
Lead: 

Kuala Lumpur: Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853