Petrajaya: Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan jam 3.04 petang di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini, hari ini.
Jenazah Ketua Menteri Sarawak sebelum itu tiba jam 2.06 petang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Negeri, di sini, selepas Zuhur.
Mengiringi jenazah adalah isterinya, Puan Sri Jamilah Anu, anak dan ahli keluarga.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir antaranya Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta Menteri Persekutuan dan Menteri Kabinet Sarawak.
Kira-kira 2,000 rakyat negeri ini turut memenuhi kawasan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan.
Terdahulu, jenazah dibawa dari kediamannya di Damai Jaya, Santubong jam 10.18 pagi ke Masjid Jamek Negeri untuk disembahyangkan.
Adenan, 72, atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, jam 1.20 petang semalam.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung menghembuskan nafas di sisi isteri dan ahli keluarga.
Sarawak mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula semalam bagi menghormati pemergian Adenan.

Petrajaya: Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan jam 3.04 petang di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini, hari ini.



