Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Padah minta RM5,000

$
0
0
Mutakhir

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta sogokan sebanyak RM5,000 sebagai balasan menyelesaikan satu kes pergaduhan dalam operasi perangkap di Kampung Bahagia, Batu Sapi, di sini, petang tadi.

Sub Inspektor dan Sarjan itu ditahan SPRM jam 5 petang selepas menerima aduan daripada pengadu berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh, pagi semalam.

Menurut sumber, pada jam 11 pagi semalam, pengadu menemui dua anggota polis terbabit di sekitar bandar Sandakan.

"Salah seorang anggota polis itu kemudian meminta sejumlah wang RM5,000 daripada pengadu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes pergaduhan pengadu pada 8 Disember tahun lalu.

"Kedua-dua anggota polis masing-masing berusia 50 tahun kini dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk dirakam percakapan pada esok pagi," katanya di sini, hari ini.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Image: 