Genting Highlands: Pasukan pilihan Dota 2, Digital Chaos (DC) muncul juara Kejohanan ESL One Genting 2017 selepas menewaskan pasukan China, Newbee menerusi lima perlawanan sengit di Arena of Stars, Resorts World Genting, di sini, sebentar tadi.
Pasukan dari Amerika Utara itu diwakili oleh Roman Fominok (Resolut1on), Aliwi Omar (W33), David Tan (MoonMeander), Rasmus Filipsen (Misery) dan Martin Sazdov (Saksa).
DC memenangi tiga daripada lima perlawanan untuk memegang takhta pertama bagi kejohanan berprestij Dota 2 tahun ini.
Mereka membawa pulang wang tunai AS$125,000 (RM559,125). DC muncul juara selepas berpuas hati di tempat kedua untuk The International 6 dan tempat keempat di Boston Major.
ESL One Genting adalah acara ESL pertama di Malaysia dengan kerjasama Resorts World Genting. Ia berlangsung sehingga 8 Januari disertai lapan pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1,121,875).