Kuala Lumpur: Bagi anda yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan petang tadi, inilah puncanya - kemalangan membabitkan lima kenderaan - menyebabkan kesesakan sepanjang beberapa kilometer.
Dalam kejadian 5 petang di Kilometer 5.4, lebuh raya berkenaan berdekatan Angkasapuri menghala Kuala Lumpur, empat kenderaan melanggar belakang kenderaan di depan selepas sebuah kenderaan MPV Nissan Serena menekan brek ketika kesesakan lalu lintas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, sebuah bas hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta Perodua Alza.
“Perodua Alza itu kemudian melanggar belakang kereta Proton Saga di depannya dan Proton Saga itu melanggar belakang sebuah lagi Proton di depannya,” katanya.
Menurutnya, hanya kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu rosak dan tiada mangsa yang cedera atau mati.