Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

27 laluan ditutup

$
0
0
Utama

razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan catat sedikit penurunan pada tengah malam tadi.

Jumlah keseluruhan adalah 12,715 mangsa berbanding 12,739 orang, pada kira-kira 9 malam tadi.

Kesemua mangsa banjir membabitkan 4,330 keluarga dipindahkan di 62 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengurangan itu susulan beberapa mangsa banjir di Kota Bharu dan Machang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurut portal eBanjir Kelantan, tiada perubahan terhadap jumlah mangsa di daerah Pasir Mas iaitu seramai 8,679 mangsa membabitkan 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 PPS

Selain itu, Tumpat mencatatkan 1,965 mangsa, Kota Bharu (715), Pasir Puteh (568), Machang (324), Tanah Merah(314), Bachok (110), dan Kuala Krai (40).

Bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan 10.25 merter dan masih melepasi paras bahaya.

Dalam pada itu, 27 laluan ditutup di Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah.

Image: 

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan catat sedikit penurunan pada tengah malam tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853