nursaliawati@mediaprima.com.my
Melaka: Pekerjaan tetap akan diusahakan untuk ibu kepada tiga beradik yang memulakan persekolahan semalam, dengan pakaian kusam sumbangan orang ramai, agar ibu tunggal itu dapat menyara tiga anaknya.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras (JAPERUN) Dun Ayer Keroh Mohd Arif Yusa berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk ibu tunggal itu yang dikenali sebagai Hasnah, 40-an, bagi membolehkan mereka keluar daripada kemiskinan.
"Selain mengusahakan bantuan seperti kelengkapan sekolah dan bantuan makanan, kami akan berusaha agar dia mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.
“Perkara ini disuarakan sendiri olehnya supaya membantu mendapatkan pekerjaan tetap supaya mereka dapat keluar daripada kemiskinan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga itu di Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Keroh di sini, hari ini.
Menurutnya, Hasnah akan berjumpa dengan pegawai khas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bagi mencari penyelesaian masalah dihadapinya.
"Saya harap mereka dapat membincangkan masalah ini dan mencari penyelesaian terbaik.
"Sepatutnya isu ini tidak timbul dan hanya kes terpencil, sekarang kita usahakan untuk dapatkan pekerjaan tetap kepadanya," katanya.
Menurutnya, sebelum sesi persekolahan bermula anak kedua wanita terbabit yang bersekolah di tahun dua menerima bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) masing-masing berjumlah RM250.
Sementara itu, wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri berkata, pihaknya juga akan membantu mendapatkan pekerjaan kepada ibu tunggal itu.
Semalam, penampilan anak wanita itu mendapat perhatian netizen apabila gambar mereka ke sekolah dengan pakaian kusam diviralkan.
Murid terbabit Fatimah Zahara, 7, kakaknya, Julie Kalthum, 8, dan abangnya Farid, 17, hanya memakai pakaian tahun lalu sumbangan orang ramai.
Bagi abangnya Farid, kesempitan hidup dilaluinya bukan alasan buatnya untuk tidak ke sekolah walaupun tanpa seragam dan kelengkapan sekolah baru kerana dia faham ibunya tidak mampu berbuat demikian.
“Tiada apa hendak dikesalkan, ini semua sudah takdir dan ketentuan Allah jadi saya perlu kuat.
Asalkan dapat ke sekolah itu sudah cukup memadai buat saya, pakaian baru atau lama sama saja,” katanya.
Clik here to view.
Melaka: Pekerjaan tetap akan diusahakan untuk ibu kepada tiga beradik yang memulakan persekolahan semalam, dengan pakaian kusam sumbangan orang ramai, agar ibu tunggal itu dapat menyara tiga anaknya.
Clik here to view.
Clik here to view.
Clik here to view.
Clik here to view.