Seremban: Tujuh kontraktor dilantik Telekom Malaysia (TM) ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dengan TM mengenai pemasangan kemudahan telekomunikasi.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, tujuh lelaki berusia 24 hingga 43 tahun terbabit ditahan di pejabat SPRM selepas dipanggil membantu siasatan kira-kira 10 malam tadi.
Menurutnya, sebelum itu pihaknya menerima aduan mendakwa suspek mengemukakan borang permohonan pelanggan untuk melanggan perkhidmatan Internet yang mengandungi butiran palsu kepada pihak TM melalui syarikat ejen jualan berdaftar.
Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan awal pihak TM mendapati semua permohonan terbabit mengandungi maklumat palsu dan tuntutan dibuat suspek sedangkan pemasangan tidak dibuat.
Beliau berkata, semua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.9
SB141015HZ002