Alor Gajah: Empat penuntut perempuan parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di KM212.3 lebuh raya PLUS, arah selatan, dekat Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Proton Persona dinaiki penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) itu terbabas dan terbakar 100 peratus dalam kejadian 9.45 pagi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Asnizam Kamberon dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.55 pagi.
“Sejurus tiba terdapat kereta sedang terbakar dipercayai akibat terbabas. Difahamkan, mangsa sempat keluar dengan bantuan orang awam.
“Api marak memusnahkan 100 peratus kenderaan dan api dikawal tempoh lima minit sebelum operasi tamat sepenuhnya 10.15 pagi," katanya ketika dihubungi.
Asnizam berkata, difahamkan penuntut perempuan terbabit dalam perjalanan ke Johor Baharu.
"Terdapat enam penuntut berusia lingkungan 20-an menaiki kenderaan itu, empat daripanya parah. Mereka dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Alor Gajah: Empat penuntut perempuan parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di KM212.3 lebuh raya PLUS, arah selatan, dekat Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, hari ini.