Kuala Lumpur: Kira-kira 200 tetamu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir di majlis pengkebumian bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini pada jam 2.45 petang tadi.
Menurut anak Allahyarham, Sheikh Samsul Salim, 51, ini adalah salah satu permintaan terakhir bapanya untuk dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Kampung Baru.
"Dia memang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan ketika hayatnya pernah berpesan supaya kami sekeluarga membawa pulang jenazahnya ke Kampung baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang," katanya kepada Harian Metro.
Majlis pengkebumian itu turut dihadiri anggota keluarga Allahyarham, media dan rakan artis antaranya Uji Rashid, Zack Kool, Datuk M Nasir, Datuk Jeffrydin dan ramai lagi.
Pagi tadi, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan sekitar jam 10.30 pagi sebelum disembahyangkan selepas selesai Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.