Maran: Tindakan seorang lelaki cuba menyelamatkan jirannya daripada disamun berakhir dengan tragedi apabila dia ditetak dua daripada enam suspek lelaki di FELDA Jengka 11, di sini, kira-kira 4 pagi hari ini.
Dalam kejadian itu, Fauzi Dollah, 42, parah selepas diserang di bahagian kepala dan badan menggunakan parang oleh dua lelaki ketika mangsa dipercayai sedang bergelut dengan salah seorang daripada kumpulan suspek.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama adiknya cuba menghulurkan bantuan kepada jiran mereka selepas terdengar bunyi mencurigakan datang dari rumah jiran berkenaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan identiti semua suspek yang dipercayai warga asing," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh dan dilaporkan stabil.