Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Didakwa seleweng RM3.3 bilion

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Ketiga-tiga tertuduh diiringi oleh sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.20 pagi untuk di bawa ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkenaan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berumur 54 tahun dan timbalannya yang berusia 51 tahun di pejabat mereka selain akauntan berusia 50 tahun dan individu bergelar Datuk berusia 55 tahun yang juga abang kepada Timbalan Pengarah terbabit.

Pengarah dan timbalannya didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.

Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya. Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

Selain itu, SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta.

Image: 

Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853