Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Penjara 54 tahun mengaku sumbang mahram

$
0
0
Utama

rabiatul@hmetro.com.my

Petra Jaya: Bapa dijatuhi hukuman penjara selama 54 tahun dan 21 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuching di sini, hari ini kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya, November lalu.

Hakim, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 17 tahun di rumahnya di sini pada 12, 20 dan 21 November lalu.

Tertuduh yang juga penganggur didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan hukuman penjara 18 tahun dan 7 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan mengarahkan hukuman dijalankan berasingan bermula hari ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Image: 

Petra Jaya: Bapa dijatuhi hukuman penjara selama 54 tahun dan 21 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuching di sini, hari ini kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya, November lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853