Shah Alam: Teka-teki siapakah pengendali Selangor untuk musim depan bakal terjawab apabila kelibat bekas jurulatih musim lalu Mehmet Durakovic kelihatan di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor (SUK), hari ini.
Spekulasi itu menguatkan lagi laporan Arena Metro hari ini bahawa kemungkinan bekas pemain Selangor itu bakal memegang semula jawatan itu selepas disingkirkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) penghujung musim lalu.
Selangor antara pasukan yang masih belum melantik pengendali tetap biarpun saingan Liga Malaysia (Liga-M) hanya tinggal kurang dari sebulan.