Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mengaku tak bersalah

$
0
0
Utama

Sydney: Penuntut Malaysia yang dituduh berbelanja AUS$4.6 juta (RM15.2 juta) untuk membeli barangan mewah selepas bank tersilap memasukkan overdraf tanpa had ke dalam akaunnya, mengaku tidak bersalah.

Christine Jiaxin Lee tiba di Mahkamah Downing Centre di sini dengan memakai jeans koyak, topi dan kasut kanvas putih.

Peguam penuntut berusia 21 tahun itu, Hugo Aston berkata, pihaknya akan mempertahankan habis-habisan Christine yang dituduh bersikap tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap kesilapan yang dilakukan bank terbabit.

“Kami yakin anak guam kami akan dibebaskan,” kata Hugo.

Menurut peguam itu, keluarga Christine berada di Sydney selepas tiba dari Malaysia untuk memberi sokongan moral kepadanya sepanjang perbicaraan.

Bagaiamanapun, mereka tidak hadir di mahkamah, hari ini.

Matt Tregoning, wakil Wastpac Banking Corporation, bank yang tersilap memasukkan overdraf ke dalam akaun Christine, hadir sebagai pemerhati.

Christine ditahan Mei lalu oleh pegawai imigresen di lapangan terbang Sydney ketika cuba menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

Penuntut kejuruteraan kimia itu diberikan overdraf tanpa had akibat kesilapan Westpac pada 2012.

Dia didakwa menyedari mengenai overdraf itu pada Julai 2014 sebelum berbelanja sebanyak RM15.2 juta selama 11 bulan berikutnya.

Christine dikatakan pernah menghabiskan AU220,000 sehari dengan membeli-belah di sebuah kedai Christian Dior di Sydney.

April tahun lalu, seorang pengurus kanan Westpac menyedari kesilapan itu dan menelefon Christine, mendesak dia bertanggung jawab terhadap kehilangan jutaan dolar itu.

Penuntut berkenaan sebelum ini mendakwa, dia menyangka wang itu dimasukkan oleh ibu bapanya. - Agensi

Image: 

Sydney: Penuntut Malaysia yang dituduh berbelanja AUS$4.6 juta (RM15.2 juta) untuk membeli barangan mewah selepas bank tersilap memasukkan overdraf tanpa had ke dalam akaunnya, mengaku tidak bersalah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853