Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Berat boh...'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Polis menafikan kejadian culik berlaku membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun di Panji Alam, di sini, yang viral sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman, berkata siasatan awal mendapati remaja berkenaan merancang untuk melarikan diri bersama teman lelakinya.

Menurutnya, ibu remaja terbabit berusia 38 tahun menyangkakan anaknya diculik di depan kedai serbaneka 24 jam di Panji Alam dan kemudiannya membuat laporan polis, 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, gerakan polis yang dijalankan mengesan remaja terbabit di kawasan sekitarnya, pada 3.30 petang.

"Remaja berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya semula," katanya.

Image: 

Kuala Terengganu: Polis menafikan kejadian culik berlaku membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun di Panji Alam, di sini, yang viral sejak semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853