Marang: Jenazah tiga mangsa kemalangan di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Guling di sini, 11.30 pagi tadi.
Jenazah Mahani Ngah, 42, dan dua anaknya, Quratulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9, disembahyangkan di Masjid Kampung Durian Guling kira-kira 10 pagi tadi sebelum dikebumikan dalam satu liang.
Sebelum itu, jenazah ketiga-tiga mangsa terbabit dibawa ke kediaman keluarga Mahani dengan dua van jenazah dari Hospital Kemaman pada 7.50 pagi.
Kemalangan 5.30 petang itu mengorbankan enam orang termasuk ketiga-tiga mangsa berkenaan.
Tiga lagi mangsa, Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, dan isterinya, Pauziyah Awang, 56, serta cucu mereka, Sofea Adriana Shahruddin, 7, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.
Kejadian itu berlaku selepas kenderaan dipandu adik Ahmad Razis, Ahmad Nasal, 52, yang menghala ke Kuala Terengganu terbabas sebelum merempuh tiang jejambat dan pembahagi jalan.