RIZKA Martunis, sembilan tahun, hanya mampu menyelamatkan anak patung kesayangan selepas rumah dididiami di Desa Kota Pangwa, Pidie Jaya, Aceh, runtuh akibat gempa bumi.
Difahamkan, mangsa terselamat biarpun rumah didiami runtuh sebelum menimpanya yang sedang tidur bersama ibu dan dua adik, masing-masing berusia enam tahun dan 19 bulan.
"Semua baju dan buku sekolah rosak. Cuma ada `teddy bear' ini yang selamat. Bagaimana saya mahu ke sekolah nanti?," katanya sedih sambil duduk di sisa runtuhan rumah.
Rizka hanya mengalami luka di bawah kelopak mata akibat ditimpa dinding kediaman, dalam kejadian kira-kira 6 pagi, Rabu lalu.
Dia kemudian dihantar bapanya, Martunis Arfan, 31, ke Hospital Pidie Jaya sebelum dibenarkan pulang, semalam.
RIZKA Martunis, sembilan tahun, hanya mampu menyelamatkan anak patung kesayangan selepas rumah dididiami di Desa Kota Pangwa, Pidie Jaya, Aceh, runtuh akibat gempa bumi.