Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Gempa susulan banyak tapi lemah [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Banda Aceh: Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) merekodkan 67 gempa susulan selepas gempa 6.5 magnitud menggoncang Aceh, Rabu lalu.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Perhubungan Awam BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, masyarakat tidak perlu bimbang kerana gempa susulan yang berlaku adalah perkara normal.

"Gempa yang banyak itu adalah normal dan kekuatan gempa juga semakin lemah seperti yang direkodkan oleh pihak pemantau.

"Selepas gempa besar, ia memang akan disusuli dengan gempa kecil. Sama seperti manusia yang dipukul, tidak mungkin dia akan terus sembuh," katanya.

Sutopo berkata, gempa terakhir yang terjadi adalah 4.5 magnitud di daerah Sigli, pada 9.08 malam tadi.

Selain itu, katanya, masyarakat Aceh diminta bertenang dan tidak perlu percaya dengan kemungkinan gempa besar dan sebagainya.

Image: 

Banda Aceh: Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) merekodkan 67 gempa susulan selepas gempa 6.5 magnitud menggoncang Aceh, Rabu lalu.

Pasukan SAR melakukan pembersihan di bangunan musnah akibat gempa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853