Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bas rempuh bas

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Tiga puluh penumpang dua bas persiaran cedera dalam kemalangan di KM148.9 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Juru, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, dua daripada mangsa kritikal dan dirawat di zon merah, enam zon kuning dan 22 dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata siasatan awal mendapati bas persiaran dipandu lelaki berusia 41 tahun rempuh bas persiaran lain di lorong sama.

"Sehingga ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut dan semua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Image: 

Bukit Mertajam: Tiga puluh penumpang dua bas persiaran cedera dalam kemalangan di KM148.9 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Juru, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853