Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Makmal dadah terbesar lumpuh

$
0
0
Utama

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ketamin terbesar dan bongkar makmal syabu dalam dua serbuan berasingan di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan bermula jam 9.30 malam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, tiga lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 37 ditahan di dua pangsapuri berasingan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, susulan tangkapan suspek polis membongkar makmal haram di sebuah lagi pangsapuri berhampiran dan pelbagai jenis dadah bernilai RM15.5 juta.

"Turut dirampas tiga kenderaan digunakan suspek dan masih menyiasat sama ada suspek adalah ahli kimia di makmal haram berkenaan.

"Polis percaya semua dadah berkenaan adalah untuk pasaran tempatan. Suspek kini direman sehingga tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Image: 