Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor dan Melaka diarah tutup esok berikutan keadaan jerebu membimbangkan di kedua-dua negeri terbabit.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan ini membabitkan sejumlah 1,178 sekolah dan 618,326 murid di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 murid di Melaka.
"Berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga 4 petang hari ini mendapati Johor dan
Melaka menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat (IPU 101-200) dan sangat tidak sihat (IPU 201-300).
"Sehubungan itu, semua sekolah di negeri Johor dan Melaka perlu ditutup pada esok. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi dua
negeri berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan kadar segera," katanya.
JH280915HR051

Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor dan Melaka diarah tutup esok berikutan keadaan jerebu membimbangkan di kedua-dua negeri terbabit.



