Shah Alam: Empat penyokong Ultras Malaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan sengaja mencetuskan kekecohan ketika perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam, 8 September lalu.
Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.
Mengikut pertuduhan, Norazman Noraziz, 24; Mohd Shahrul Azlan Mohd, 32; Hazim Kamarulzaman, 35 dan Shamsul Nirwan Halid, 37, didakwa merusuh dengan membakar suar, bom asap dan mercun roket yang dibaling ke balapan.
Kesalahan itu dilakukan di kawasan kuadron C, Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini, jam 10.50 malam, 8 September lalu.
Keempat-empat tertuduh dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya.
Norshakinah menetapkan wang jaminan RM3,800 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Pada 15 September lalu, pemimpin Ultras Malaya Lekir atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad, 36, dan Nadzul Haqimi Zulkepli, 31, dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan sama.
Bagaimanapun kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
28915fuad1

Shah Alam: Empat penyokong Ultras Malaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan sengaja mencetuskan kekecohan ketika perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam, 8 September lalu.