Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jumpa jasad dan objek

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menemui jasad dan objek dipercayai dua rakyat Malaysia yang hilang di Gunung Damavand, Iran.

Ketua Ekspedisi Rozaimi Mohd Said berkata, pasukan SAR sedang bergerak ke satu lokasi untuk mengesahkan satu jasad dan objek yang ditemui berkenaan.

"Kami dimaklumkan oleh pasukan penyelamat jasad pertama memakai jaket merah, seluar hitam dan but mendaki.

"Kira-kira 200 meter dari jasad itu terdapat satu objek berwarna gelap yang belum dapat dipastikan sama ada manusia atau bukan," katanya.

Katanya, pihaknya sedang menunggu perkembangan lanjut daripada pasukan SAR di lokasi.

Kedua-dua pendaki, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 44, hilang ketika mendaki gunung berkenaan selepas tidak kembali ke Kem 3 yang terletak pada ketinggian 4,200 meter sejak Isnin lalu.

Image: 

Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menemui jasad dan objek dipercayai dua rakyat Malaysia yang hilang di Gunung Damavand, Iran.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853