Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bikin `wayang' depan kaunter [METROTV]

$
0
0
Utama

hafizee@hmetro.com.my

Taiping: Polis sedang mencari beberapa individu dipercayai menimbulkan kekalutan di pasar raya besar, di sini.

Mereka juga dikatakan perkataan mengaibkan kepada juruwang wanita di depan kaunter pembayaran pasar raya itu.

Video mengenai kekalutan dan perbalahan antara mereka dan juruwang itu viral di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata polis sudah menjalankan siasatan selepas menerima laporan wanita 24 tahun yang juga juruwang di pasar raya itu.

Katanya, wanita itu membuat laporan pada 4.38 petang semalam.

Menurutnya, dalam laporan dibuat wanita berkenaan mendakwa beberapa individu yang dicari itu disyaki menukar tanda harga barangan ketika di pasar raya itu, pada 10.45 malam kelmarin.

Katanya, wanita itu mendakwa dirinya dapat mengesan tindakan itu dan kemudian berlaku kekalutan itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kita akan memohon arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk memulakan siasatan.

"Banyak aspek yang perlu disiasat sebelum tindakan susulan dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Image: 

Taiping: Polis sedang mencari beberapa individu dipercayai menimbulkan kekalutan di pasar raya besar, di sini.

Kecoh tukar tanda harga di kauntar pasar raya di Taiping

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853