Kota Kinabalu: Empat beradik lakar sejarah apabila menerima Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan serentak sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-18, di sini, hari ini.
Baidi Baddiri, 42, anggap ia hari bermakna buatnya apabila menamatkan pengajian bersama tiga adiknya, Basni @ Basri Baddiri, 39, Nazari Baddiri, 34, dan Ranidah Baddiri, 32.
Baidi berkata, idea untuk menyambung pelajaran itu timbul selepas mereka berempat bertugas di daerah berhampiran Kota Kinabalu beberapa tahun lalu.
"Saya mula mencadangkan kepada adik lain untuk sambung belajar bersama.
“Melalui cara ini, ia dapat memudahkan kami untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kajian bersama selain dapat menjimatkan perbelanjaan pengangkutan dan tempat tinggal,” katanya.
Bagi Ranidah pula, beberapa dugaan turut ditempuhi terutamanya selepas rumah mereka di Kampung Laut, Kinarut, terbakar pada Disember tahun lalu.
"Kejadian itu turut memusnahkan komputer riba saya yang menyimpan semua laporan kajian kami yang hampir siap. Mujur semua dapat diatasi dengan kerjasama kami berempat," katanya.

Kota Kinabalu: Empat beradik lakar sejarah apabila menerima Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan serentak sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-18, di sini, hari ini.



