Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tragedi awal pagi

$
0
0
Utama

 

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Lebih 10 kenderaan dan deretan kedai serta gerai makan menggelongsor jatuh ke lereng bukit sedalam kira-kira 20 meter akibat kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini.

Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, hanya seorang penungggang motosikal patah kaki sejurus jalan dilalui sepanjang hampir 50 meter runtuh mendadak.

Kejadian menyebabkan kenderaan milik penduduk yang diparkir di kiri kanan jalan turut bergolek ke bawah bukit selain ditimbus tanah runtuh.

Susulan kejadian itu sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat   Kuala Kubu dan Rawang dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan serta menghalang penduduk menghampiri lokasi tragedi.

Sehingga kini anggota bomba masih meneruskan usaha memantau kawasan runtuhan selain memeriksa lokasi tebing runtuh bagi mengesan sekiranya terdapat mangsa yang terperangkap.

Image: 

Hulu Selangor: Lebih 10 kenderaan dan deretan kedai serta gerai makan menggelongsor jatuh ke lereng bukit sedalam kira-kira 20 meter akibat kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini.

Tanah runtuh di Serendah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853