Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Mohon maaf gambar mengejutkan'

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Biarpun ada segelintir pihak mengecam dan memberikan reaksi negatif menerusi aplikasi Facebook messenger bahawa foto itu kononnya mengejutkan orang ramai yang mahu mengisi minyak di stesen Shell, saya tidak ambil serius sebaliknya segera memohon maaf kepada mereka.

"Saya tidak menyangka dan terkejut gambar itu menjadi viral di laman sosial.”

Demikian kata Nor Shafila Khairussalleh, 25, yang gambarnya memegang botol air mineral di stesen minyak Shell di beberapa lokasi terpilih di negara ini menjadi viral di Facebook.

Gambar berkenaan turut mendapat lebih 3,000 ribu ‘like’ dan turut dikongsi kira-kira 1,077 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuatnaik pada awal November lalu.

Nor Shafila ketika dihubungi Harian Metro berkata, gambar itu diambil selepas dia menyertai satu pertandingan membabitkan staf servis di stesen minyak Shell di seluruh Malaysia.

"Ketika itu saya dipilih untuk menjalani penggambaran dan rakaman video untuk jadi penghias muka depan ‘Training Pack’ staf servis.

"Berikutan itu, pada September lalu saya dipanggil oleh pihak Shell untuk menjalani satu penggambaran iklan mempromosikan kempen penebusan mata ganjaran BonusLink," katanya.

Menurutnya, gambar itu adalah inisiatif Shell untuk menarik pelanggan mendapatkan tawaran hebat daripada syarikat itu.

"Saya harap gambar itu sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan lagi produk Shell di negara ini," katanya yang sudah lebih tiga tahun menjadi staf servis di stesen minyak Shell.

Katanya, ada juga segelinitr pihak yang memberikan reaksi positif termasuk mengucapkan terima kasih kerana membuat mereka ceria ketika mengisi minyak di stesen minyak Shell.

"Saya sungguh tidak menyangka ia akan viral sehingga hampir setiap hari saya terima komen dan kawan baru di Facebook," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Runcit , Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Ben Mahmud berkata, pihaknya gembira bahawa paparan kreatif mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

"Ia adalah paparan kreatif dilancarkan pada awal November lalu. Paparan itu untuk menyerlahkan persembahan kempen BonusLink kami yang membuktikan betapa mudahnya untuk membuat penebusan dan kempen ini dikenali sebagai ‘Moments Bright Setiap Hari.’

"Kempen ini menunjukkan bahawa setiap hari di jalan raya boleh menjadi lebih bermakna dengan penebusan 100 mata ganjaran melalui BonusLink," katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: "Biarpun ada segelintir pihak mengecam dan memberikan reaksi negatif menerusi aplikasi Facebook messenger bahawa foto itu kononnya mengejutkan orang ramai yang mahu mengisi minyak di stesen Shell, saya tidak ambil serius sebaliknya segera memohon maaf kepada mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853