Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dataran disekat, KLCC penyudahnya [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

SEHINGGA 4 petang, hari ini

19 November

4.10 petang - Dr Mahathir menyampaikan ucapan di depan KLCC

3.36 petang - Peserta baju kuning menghala ke KLCC di Jalan Pinang. Semua baju kuning akhirnya berkumpul di depan KLCC

3.21 petang - Seorang penyokong baju merah ditahan selepas cuba melakukan provokasi terhadap penyokong baju kuning di Jalan Raja Laut

3 petang - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di KLCC

2.46 petang - Polis mengawal pergerakkan orang ramai di Jalan Raja Laut supaya kedua-dua kumpulan tidak bertembung hingga mencetuskan kejadian tidak diingini.

2.45 petang - Kesesakan teruk di stesen LRT KL Sentral berikutan kumpulan baju kuning berpusu-pusu menuju ke KLCC jam 2.45 petang. PIX: Hidayah

2.40 petang - Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad kelihatan di Dataran Maybank berbaju-t kuning

2.35 - Peserta baju kuning dilihat berarak menuju ke KLCC dari Jalan Pudu

2.30 petang - Nurul Izzah menyertai baju kuning di hadapan Kotaraya

2 petang - Peserta & aktivis baju kuning berkumpul di kawasan Masjid Jamek kerana laluan ke Dataran Merdeka ditutup polis

1.30 petang - Baju kuning patah balik dari Jalan Travers dan guna Jalan Brickfields untuk menuju ke dataran

1.21 petang - Seorang wanita peserta baju kuning pitam di Dataran Merdeka

1.15 petang - Lelaki berdiri kaku di Jalan Travers sebaik penganjur mengambil keputusan baju kuning tidak bergerak ke Dataran Merdeka

1.11 petang - Baju merah bincang dengan polis dekat Stesen LRT Bandaraya minta penjelasan kenapa tak boleh berarak ke Padang Merbok

1.01 petang - Baju kuning tidak puas hati dengan tindakan penganjur untuk tidak bergerak ke Dataran Merdeka

12.59 tgh - Peserta Bersih menumpang lobi sebuah hotel di Jalan TAR disebabkan cuaca panas

12.58 tgh - Sebahagian baju merah pada awalnya berarak ke Padang Merbok berpatah balik dan berkumpul berhampiran Stesen LRT Bandaraya.

12.53 tgh - Peserta baju kuning beransur-ansur meninggalkan Masjid Negara untu ke Masjid Jamek.

12.35 tgh - Baju kuning di Masjid Negara diminta bersedia untuk ke Masjid Jamek mengikut arah Jalan Pudu sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

12.23 tgh - Tinjauan mendapati hampir keseluruhan operasi perniagaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dekat Sogo ditutup. Bagaimanapun, keadaan terkawal.

12.20 tgh - Kumpulan baju kuning mengambil keputusan untuk tidak merempuh halangan polis dan akan duduk di Jalan Travers

12.19 tgh - Ambiga dan Adam Adli meminta kebenaran daripada polis untuk bergerak di hadapan Balai Polis Travers

12.15 tgh - Baju kuning belum dapat arahan untuk bergerak ke Dataran Merdeka dan kumpul di hadapan Masjid Negara.

12.10 tgh - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tiba di Jalan Tun Perak dan mengarahkan semua peserta baju kuning bergerak ke Jalan TAR

12.05 tgh - Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah cuba berunding dengan pegawai polis untuk meneruskan perarakan ke Dataran Merdeka

12.02 tgh - Masjid Jamek ramai baju kuning, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut (kuning). Baju merah di Sogo

11.52 pagi - Kumpulan baju kuning dari LRT Bangsar tiba di Masjid Negara

11.50 pagi - Pasukan FRU membut sekatan di Jalan Travers bagi elak baju kuning melalui laluan berkenaan

11.45 pagi - Baju Merah menuju ke Padang Merbok

11.40 pagi - Suasana tegang antara polis dan kumpulan baju kuning berikutan kenderaan mereka tidak dibenarkan bergerak di Bangsar

11.39 pagi - Penganjur Bersih 5.0 membuat pengumuman semua baju kuning berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

11.30 pagi - Aktivis Hishamuddin Rais ditahan di LRT Bangsar

11.25 pagi - Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman menjadi tumpuan ketika memberi ucapan di Jalan Tunku Abdul Rahman

11.21 pagi - Polis beri arahan kepada kenderaan baju kuning berhenti bergerak di Bangsar

11.18 pagi - Kumpulan baju kuning mula bergerak dari LRT Bangsar

11.05 pagi - Baju Kuning berkumpul di Dataran Maybank Jalan Tun Perak

11.04 pagi - Baju Merah ditahan polis selepas disyaki memukul Baju Kuning peserta mungkin di Padang Merbok

10.50 pagi - Baju Merah mula membanjiri sekitar Jalan Putra di ibu negara. Peserta Baju Kuning yang berkumpul di Jalan Pudu mula bergerak ke Dataran Merdeka. Polis memberi amaran keselamatan kepada Pengurus Program Bersih 5, Ivy Josiah

10.40 pagi - Kenderaan Pasukan Simpanan Pesekutuan (FRU) diletakkan di Masjid Jamek.

10.34 pagi - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, sahkan 14 individu ditahan kerana Perhimpunan Bersih 5.0 sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk disiasat mengikut Seksyen 147/411 Kanun Keseksaan

10.30 pagi - Baju Kuning diminta duduk berikutan keadaan sesak di Masjid Jamek. Kelihatan EXCO Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Haniffah dan aktivis Rafi Awang Kechik. Hadir tanda protes terhadap Baju Kuning. Aktivis Hishamuddin Rais ditahan di LRT Bangsar pada 10. 30 pagi

10.27 pagi - Lim Kit Siang berucap di LRT Bangsar

10.25 pagi - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud memberi ucapan di Jalan Tunku Abdul Rahman

10.20 pagi - Presiden DAP, Lim Kit Siang tiba di LRT Bangsar

10.05 pagi - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut kelihatan di LRT Bangsar

10.02 pagi - Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berucap di Stesen LRT Bangsar

9.50 pagi - Adam adli pula berucap di LRT Bangsar

9.48 pagi - Presiden AMANAH, Mohammad Sabu baru tiba di LRT Bangsar

9.45 pagi - Lelaki diserang sawan ketika Baju Kuning berarak di Brickfields menuju ke LRT Bangsar

9.33 pagi - Orang ramai mula duduk di depan LRT Bangsar sementara tunggu

lebih ramai sampai

9.26 pagi - Baju Merah masuk kawasan berkumpul ahli Baju Kuning di hadapan Dataran Merdeka. Baju Merah kemudian membuat pusingan U mellui lorong kecil bangunan. Tiada sebarang pergaduhan.

9.25 pagi - Datuk S Ambiga tiba di LRT Bangsar

9.13 pagi - Difahamkan, polis masih memburu beberapa watak utama Merah dan Kuning. Media masih menunggu kenyataan rasmi

8.55 pagi - Penyokong Bersih dilihat mula berkumpul di kawasan Dataran Maybank dan LRT Bangsar

8.35 pagi - Difahamkan, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan dua lagi individu Baju Merah akan dibawa ke Mahkamah Majistret/Sesyen Ampang pada 2 petang

2.30 pagi - Difahamkan, sekurang-kurangnya 14 individu sudah ditahan

1.30 pagi - Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan

18 November

11 malam - Sekurang-kurangnya 11 individu sudah ditahan

10.35 malam - Anggota DBKL dilihat menutup laluan masuk di sekitar Dataran Merdeka menjelang Perhimpunan Bersih 5.0

10.22 malam - Penjual baju-t kuning dan penyokong mula dilihat berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka

3.50 petang - Pengerusi Bersih 2. 0, Maria Chin dan jawatankuasanya, Mandeep Singh ditahan polis

Image: 

SEHINGGA 4 petang, hari ini

Perhimpunan Baju Kuning dan Baju Merah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853