Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Malam gemilang Redha, Fatin [METROTV]

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

Putrajaya: Drama Fatin arahan Razaisyam Rashid dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Karya terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd yang ditayangkan di TV3 itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Razaisyam Rashid) dan Videografi Terbaik Drama (Idham Mad Din).

Sementara itu filem Redha diangkat sebagai Filem Terbaik selain turut membawa pulang Pelakon Lelaki Terbaik Filem yang dilakonkan oleh Namron.

Pelakon Wanita Terbaik Filem dimenangi Maya Karin menerusi filem Nota. Kemenangan Maya itu sekali gus mengubat kekecewaanya pada Festival Filem Malaysia ke-28 baru-baru ini.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pula disandang Tiz Zaqyah (Cermin Kasih) manakala Pelakon Lelaki Terbaik Drama diberikan kepada Beto Kusyairy menerusi drama Ramadan Berteduh Syawal.

Selain itu, Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta) dan Hushairi Husain (Polis Evo) mengulangi kejayaan mereka di pentas FFM 28 apabila masing-masing memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem.

Turut mencipta kejutan adalah kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama apabila dimenangi oleh Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih). Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Lalaki Terbaik Drama diberikan kepada Jalil Hamid (Calon Syurga)

Bagi kategori Pengarah Terbaik dimenangi Syamsul Yusof menerusi filem Munafik. Sementara Erma Fatima unggul untuk kategori Pelakon Komedi Terbaik bagi drama bersiri Mak Cun 2.

Sebanyak 32 kategori dicalonkan pada penganjuran kali ini yang bertemakan Menggapai Impian.

Malam kemuncak ASK2016 menampilkan penyanyi dan pelakon Alif Satar sebagai pengacara bersama beberapa pengacara jemputan.

Turut memeriahkan acara adalah persembahan daripada Siti Elizad, Shiha Zikir, Indah Ruhaila, Hazama, Black, Cody, Fareez, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Amir Jahari, Mark Adam, Datin Alyah, Awi Rafael, Waris, Raihan dan Akim & The Majistret.

Anugerah yang dianjurkan sejak 1995 ini memasuki tahun ke-18 bertujuan mengiktiraf karyawan seni tempatan melalui filem, drama, lakonan dan kerja di belakang tabir.

Berikut senarai penuh pemenang ASK2016

> Filem Terbaik - Redha

> Drama Terbaik - Fatin

> Pelakon Wanita Terbaik Filem - Maya Karin (Nota)

> Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Namron (Redha)

> Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 30

> Pelakon Wanita Terbaik Drama - Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)

> Pelakon Lelaki Terbaik Drama -Beto Kusyairy (Ramadan Berteduh Syawal)

> Drama Rantaian Terbaik - Wadi

> Drama Komedi Terbaik - Mak Cun 2

> Pelakon Komedi Terbaik - Erma Fatima

> Pengarah Terbaik Filem - Syamsul Yusof (Munafik)

> Pengarah Terbaik Drama - Razaisyam Rashid (Cermin Kasih)

> Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)

> Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Jalil Hamid (Calon Syurga)

> Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik - Majalah 3 (Wira Berej Semerah Padi)

> Rancangan Hiburan Terbaik - Buskestra

> Videografi Terbaik Drama - Idham Mad Din (Fatin)

> Rancangan Bual Bicara Terbaik - Halaqah 2016

> Laporan Khas Berita Terbaik - Berita TV9

Rancangan Realiti Terbaik - Let's Cycle 2

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)

> Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Hushairi Husain (Polis Evo)

> Lakon Layar Terbaik Filem - Wan Hasliza (Love Supermoon)

> Lakon TV Terbaik - Siti Jasminah Ibrahim (Rekah)

> Drama Rantaian Popular Media Sosial - Kau Aku Kita

> Penyunting Terbaik Drama - Izhar Masuri (Rekah)

Image: 

Putrajaya: Drama Fatin arahan Razaisyam Rashid dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853