Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Didakwa cuai pandu bas [METROTV]

$
0
0
Utama

hafizee@hmetro.com.my

Ipoh: Pemandu bas ekspres didakwa di Mahkamah Khas Trafik di sini, hari ini atas tuduhan memandu secara cuai hingga membahahayakan orang lain di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Julai lalu.

Tertuduh, Kadershah Sabaruddin, 51, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan dengan tidak cermat dan berhati-hati ketika di kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, 2.45 petang 10 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 1999 yang boleh dikenakan denda antara RM4,000 hingga RM10,000 dan dipenjara maksimum 12 bulan.

Siti Hanum kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 4 Januari depan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvin Meng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada Julai lalu, Harian Metro melaporkan bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta hingga mengakibatkan dua wanita cedera dalam kemalangan di Kilometer 265.8, Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora, di sini.

Berita berkaitan:

Bas rempuh 10 kereta

Image: 

Ipoh: Pemandu bas ekspres didakwa di Mahkamah Khas Trafik di sini, hari ini atas tuduhan memandu secara cuai hingga membahahayakan orang lain di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Julai lalu.

Didakwa cuai pandu bas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853